top of page
Search
Writer's picturemelur

MINGGU 4 - Eksperimen 1: Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Mendap

Updated: Mar 13, 2019

Tujuan Ujikaji :

1. Untuk menghitung bilangan peratusan pecahan tanah untuk menentukan kelas dan jenis tanah menggunakan jenis mendapan.

2. Untuk mengenalpasti kaedah yang baik untuk menentukan tekstur tanah.

3. Untuk menentukan tekstur tanah memalui cara medan.


Radas, Alatan dan Bahan Ujikaji

Sampel tanah, selindar penyukat, air


Kaedah Ujikaji

1. Ambil sampel tanah sebanyak 50ml.

2. Hancurkan.

3. Masukkan 50ml tanah ke dalam selindar penyukat.

4. Tambahkan air ke dalam selinder penyukat sehingga 300ml.

5. Tutup selindar penyukat dengan tapak tangan dan gongcangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.

6. Letakkan selinder penyukat di atas meja (3 jam) tanpa gangguan.

7. Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap. Catatkan dalam jadual.

8. Hitungkan peratus pisahan tanah.

9. Tentukan kelas Tekstur Tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.


50ml tanah dimasukkan ke dalam penyukat silinder dan diletakkan di atas meja

Gambar menunjukkan campuran air sebnyak 300ml dan tanah yang telah digoncang

Analisis


Keputusan: Ketinggian keselurahan pisahan 3.2cm

Pisahan Ketinggian(cm) Peratus

Pasir 1.5 46.9%

Kelodak 1.2 37.5%

Tanah Liat 0.5 15.6%


Peratusan pisahan dikira seperti berikut:

Ketinggian lapisan pisahan (cm) Peratus pisahan = ------------------------------------------- x 100 Jumlah ketinggian semua pisahan (cm)


Tanah Liat: (0.5/3.2) x 100

= 15.6%


Kelodak: (1.2/3.2) x 100

= 37.5%


Pasir: (1.5/3.2) x 100

= 46.9%


Penenilaian


1. Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa.

Kaedah ini tepat berbanding keadah medan. Hal ini kerana pembentukan tanah yang akan terbentuk apabila digoncang dapat dilihat dengan lebih jelas dan mendapat bacann untuk mendapatkan peratus supaya dapat diaplikasikan di USDA TEXTURAL TRIANGLE.


2. Adakah ralat-ralat yang mungkin wujud?

Ralat akan berlaku semasa kita menyukat air dan tanah sebelum dimasukan kedalam selindar penyukat. Ralat juga boleh berlaku ketika proses pengukuran tanah yang telah dimendapkan selama 3 jam. Air juga tertumpah semasa proses penggocangan tanah air. Jadi isipadu campuran tersebut mungkin berubah.


3. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan eksperimen ini?

Perkara yang dilakukan untuk memastikan kejayaan penyelidikan ini ialah tanah hendaklah disukat mengikut sekala yang ditetapkan. Selain itu, tanah yang berada didalam selindar yang telah dicampur air hendaklah digocang dengan kuat dan sekata supaya dapat memisahkan kumin-kumin didalam tanah. Dengan itu peratusan dapat dikira dan diaplikasikan di Textural Triangle. Tidak boleh mengganggu silinder penyukat setelah digoncang dan ditinggalkan di atas meja. Tanah yang digunakan untuk ujikaji mestilah berada dalam keadaan hancur dan kering.


Profail tanah setelah dibiarkan selama 3 jam

Kesimpulan


Berdasarkan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg, ujikaji yang telah dibuat menunjukkan tekstur tanah kami adalah dari jenis tanah loam dan sesuai untuk tanaman kerana boleh membekalkan keperluan bagi biji benih untuk hidup.

Tanah dikelompokkan ke dalam kelas tekstur berdasarkan peratusan pasir, lumpur, dan tanah liat. Tanah dalam setiap kelas tekstur mempunyai sifat tanah dan kelas yang sama nama mencerminkan pengaruh relatif setiap tanah yang berasingan pada sifat tanah itu.

Segitiga tekstural mengandungi dua belas kelas tekstur, masing-masing boleh

terdiri daripada pelbagai kombinasi pasir, lumpur, dan tanah liat. Setiap kaki segitiga mewakili sama ada pasir, lumpur, atau tanah liat dan dibahagikan kepada peratus dari 0 hingga 100% kerana tanah mungkin mengandungi apa-apa peratus daripada tanah yang berasingan sepanjang jumlahnya peratusan tiga memisahkan sama dengan 100. Setiap kaki segitiga kemudian mewakili asas atau 0% nilai untuk salah satu daripada tiga tanah yang berasingan. Untuk menentukan kelas tekstur tanah berdasarkan analisis mekanikal, lukiskan garis di peratusan yang sesuai untuk setiap yang berasingan merentasi segitiga, selari dengan pangkalan untuk yang berasingan (satu baris selari dengan setiap asas). Jika dilakukan dengan betul, tiga baris akan bersilang pada satu titik dalam seksyen segitiga yang mengandungi tekstural yang betul nama kelas. Dengan menggunakan sampel tanah saya, saya dapat menentukan kelas tekstur tanah saya ialah loam.

1,910 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page