Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk membuat satu cara penanaman yang dinamkan nutripot. Nutripot ya bukan hidroponik. Baza sekali ya anak anak. Nutirpot ini kita akan gunakan botol-botol yang tidak diguanakan lagi sebagai bahan asas untuk meletakkan pokok tersebut. Gunakan bahan yang boleh digunakan semula. JImat gitu.
Dalam penanaman ini kami akan gunakan span akurium untuk menyerap nutrien ke dalam coco peat. hal ini demikian kerana coco peat tidak mempunyai nutrient untuk dibekalkan kepada poko seperti peat moss. jadi proses resapan ini penting.
Elemen penting dalam nutripot ini adalah cat putih dan cat hitam. bahagian bawah akan dicat menggunakan warna putih dan bahagian atas pula warna hitam. tujuan mewarnakan ini adalah supaya tiada lumut yang dapat tumbuh pada botol yang digunakan hasil daripada cahaya matahari yang masuk. apabila tiada lumut, bakteria tiada, pokok boleh kekal hidup sihat.
Bahan seterusnya adalah coco peat. kita perlu basah kan coco peat ini yaa untuk menggunakannya.
Kemudian, baja A dan B. kedua dua baja ini merupakan sumber nutrient utama bagi pokok yang akan kita tanam. baja A mempunyai ciri-ciri seperti berwarna kuning dan tidak jernih. ianya juga adalah baa makro yang mempunyai bahan utama dalam tumbesaran pokok iaitu N, P dan K. baja B pula mempunyai sumber mikro seperti Mg, Cl dan sebagainya. ianya juga berwarna biru dan mempunyai ciri-ciri yang jernih. baja ini tidak boleh dicampurkan sekaligus. baja A harus dilarutkan dahulu ke dalam air dan kemudiannya baja B pula. hal ini bertujuan untuk mengelakkan baja bergumpal didalam air dan tidak larut. nisbah adalah 1liter air kepada 1 penutup baja. baja mikro bertindak sebagai suplimen kepada pokok dan baja A adalah yang utama.
CARA CARA MEMBUAT NUTRIPOT
1. Belah botol dan catkanya.
2. Buat lubang overflow pada bahagian bawah nutripot
3. Buat lubang pada penutup untuk memasukkan span akurium
4. Masukkan bahagian atas dan bawah.
5. Maukkan coco peat sampai menutupi span akurium.
6. Basahkan dan mendakkan dan penuhkan coco peat semula
7. Buatkan campuran baja dan masukkan pada bekas putih yang ada lubang overflow tadi.
setelah digabungkan, maka bahagian bawah yang mengandungi air baja akan membekalkan nutrient kepada peat moss dan pokok akan tumbuh. kali ini kami gunakan anak benih bayam hijau.
Kommentare