Pada minggu ini kami ditugaskan untuk menanam sayur berbuah. Biasalah, set set petani, jadi kenalah mencuba menanam pelbagai jenis pokok. kalau sebelum ini kami telah menanam pokok jenis berdaun, kali kali berbuah pula. Setelah tanah di batas kami siap untuk penanaman sayur, kami pun memulakan penanaman tersebut. kami diberikan beberapa jenis sayur menjalar seperti timun, petola, terung dan tomato cherry. pokok timun paling cepat kerana hanya memerlukan 35 hari untuk tumbuh. satu batas boleh diletakkan 10-15 biji benih. satu lubang untuk biji benih boleh diletakkan sebanyak 2 biji benih untuk meningkatkan kebarankalian untuk tumbuh. biji benih ini tidak perlu dilakukan penjarangan kerana biji benih ini bersaiz sederhana. sayuran ini bolrh dituai pada umur 16 hari. racun untuk biji benih berwarna pink adalah untuk racun serangga dan kulat berwarna pink dan purple. untuk pokok jenis ini juga perlukan sokongan pancang kerana pokok ini jenis menjalar.
Batas saya dan batas depan saya mendapat jenis sayur tomato cherry yang mana dikatakan agak susah untuk tumbuh kerana memerlukan masa yang lama untuk bercambah dan penjagaan yang ekstra. hal ini sedikit pun tidak melemahkan semngat kami untuk berhenti menanam pokok ini. kami tetap menerusakan usaha untuk menanam pokok dan menjalankan tugas yang diberi seterusnya mencuba mendapatkan ilmu yang ingin para pengajar kami berikan melalui pengalaman menanam tanaman ini.
Macam biasa, step yang sama semasa menanam sayur jenis berdaun, batas yang telah disiram dan digembur dengan taik ayam telah kami gembur.
Biji yang di masukkan ke dalam tanah mestilah sedalam 4x saiz biji benih. kemudian disiramkam menggunakan air dengan kuantiti yang cukup. seterusnya pasangkan sungkupan untuk mengelakkan cahaya matahari terus menembus ke dalam batas.
Disebabkan pokok yang akan ditanam merupakan pokok yang menjalar, jadi kmai harus menaiki bukit di dusun untuk mencari buluh untuk dijadikan pancang pada batas kami yang bakal ditumbuhi pokok yang menjalar.
Semasa dalam perjalanan ke dusun ke untuk mengambil buluh, kami telah berumpa dengan angsa, kambing dan pelbagai binatang lain. hahahahaha ramai yang pertama kali berjumpa dengan binatang ini.. ada juga yang memainkan lagu yang liriknya "kami penyamun di dalam ini negeri" ala yang dalam cerita P Ramli tu. lagu itu dimainkan sejurus kami gengangkut buluh-buluh tersebut.
setelah biji benih telah menampakkan daunnya, sungkuman pun dibuka. pokok yang telah tumbuh menjalar perlu dipasangkan dengan pancang agar pokok tidak menjalar ke tanah.
sampai sini sajalah cerita tentang pokok berbuah kami. besar nanti pasti enak untuk dimakan!
Comments