Hai welcome back! tengok tajuk macam menarik bukan. Tut Udara. Mungkin ramai antara kita yang pernah dengar tentang tut. okay tut tarbahagi kepada banyak kaedah antaranya adalah tut udara dan tut lentur. namanya bergantung kepada cara penyediannya. hari ini kita akan lakukan aktiviti membuat tut udara.
Tut juga dikenali dengan nama markot. Tanaman secara tut ialah satu kaedah penanaman yang mengekalkan induk nya. Ia merupakan satu teknik yang dilakukan pada dahan atau ranting pokok induk tersebut. Antara tanaman yang boleh menggunakan kaedah ini ialah tanaman yang berbatang keras seperti pokok jambu, pokok rambutan.
Mari kita kaji dengan lebih dalam lagi apakah kelebihan dan kelemahan jenis cantuman tut ini berbanding dengan kaedah cantuman lain.
Kelebihan : - ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya
- tanaman baru lebih cepat matang
Kekurangan: - tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk - memerlukan kemahiran semasa membuat kaedah ini
Bahan yang perlu disediakan adalah Pisau, Tali Plastik jernih, Penggalak akar, coco peat, dan baja organik.
Jeffy pallete boleh digunakan sebagai medium untuk menggantikan tanah untuk kaedah tut.
Cara-cara Melakukan Cantuman Tut
1. Sediakan medium penanaman iaitu 1:1:1 (1 tanah : 1 baja organik : 1 coco peat). Medium hendaklah dilembapkan menggunakan air dan dikepalkan untuk membentuk bulat.
2. Pilih dahan pokok yang sihat untuk melakukan kaedah iniKelarkan bahagian dahan pokok induk di bahadian bawah mata tunas sepanjang 3cm dengan menggunakan pisau.
3. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu
4. Sapukan hormon penggalak akar pada kawasan kelaranLetakkan medium yang telak dikepal di bahagian kelaran dan membentuk bulat.
5. Balut medium dengan menggunakan plastik jernihIkat plastik dengan menggunakan tali. Selepas 1-2 bulan tut akan mengeluarkan akar dan bahagian tersebut bolehlah dipotong dan ditanam seperti biasa.
PENGUBAHAN ANAK POKOK
1. Selepas 2 atau 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan bahagian bawah boleh dipotong.
2. Pada waktu ini, plastik pembungkus boleh dibuang dan tut perlu ditanam di dalam pasu.
Tambahan - CARA MENYEDIAKAN TUT LENTUR
1. Pilih dahan tanaman yang renek yang agak lampai
2. Lukakan dahan tersebut sedalam 15cm dari hujung
3. Tanam dahan yang telah di lukakan di dalam tanah dan sentiasa di lembapkan. Gunakan cabang kayu ataupun paku logam untuk memegang dahan ke tanah
Potong dahan yang telah berakar di sebelah bawah dan anak pokok yang terhasil di tanam di dalam pasu atau beg politena.
Comments