top of page
Search
Writer's picturemelur

MINGGU 4 - Eksperimen 2: Menentukan Tekstur Tanah melalui Cara Medan

Updated: Mar 13, 2019

Tujuan: Untuk mengenalpasti tekstur tanah melalui cara medan iaitu cara dengan menggunakan tangan berdasarkan pemerhatian yang akan dilakukan.


Radas dan Alatan: Bikar kaca(80ml), air, plastic putih, kain lap.


Bahan: Sampel tanah


Langkah-langkah:

1. Ambil lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3cm).

2. Letakkan sampel tanah di atas plastic putih. Uli tanah dengan sedikit air.

3. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.

4. Bentukkan tanah tersebut menjadi bebola, reben, rod, bentu U atau gegelang.


Pemerhatian




Gelang dapat dibentuk (tanah liat)


Membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gegelang. Kita boleh simpulkan bahawa tanah ini bercirikan tanah loam tanah liat

Bentuk bulan sabit yang merekah (tanah liat berpasir)

Rod dapat dibentuk (tanah loam)


Penilaian

a) Adakah kaedah ini tepat?

Kaedah medan ini kurang tepat untuk digunakan kerana hanya menilai dari segi rasa berbanding dengan menggunakan kaedah mendapan. Selain itu kuantiti air dan tanah yang digunakan tidak dapat diseragamkan. Seterusnya ianya juga dinilai melalui pancaindera yang tidak mempunya nilai dan spesifikasi yang tetap, setiap org mempunyai penilaian yang berbeza beza.


b) Mengapakah kaedah ini digunakan?

Kaedah ini digunakan kerana ia mengambil masa yang singkat untuk memperoleh keputusan dan dapat dilakukan tanpa memerlukan banyak berkakas yang saintifik seperti pH meter.


KESIMPULAN

Kesimpualannya, apa yang dilakukan ialah campurkan sampel tanah dengan sedikit air, bentukkan menjadi rod, bebola, gegelang dan bentuk U dapat menentukan tekstur tanah. Sama ada ia tanah yang dominan kepada pasir, kelodak atau liat. Walaubagaimanapun, kaedah ini kurang tepat oleh kerana ukuran air yang tidak sama dan juga terdapat pelbagai ralat lain tetapi ia boleh juga digunakan kerana kaedah ini paling mudah dan paling cepat untuk menilai dan mengukur ttahap tanah tersebut.

Apabila melakukan penyelidikan menggunakan kaedah ini, kita hendaklah menyukat kuantiti air dan tanah dengan betul supaya tanah yang dilakukan tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras. Oleh itu, penetapan kuantiti air dan tanah perlu diseragamkan supaya mendapat keputusan yang lebih berkesan untuk penyelidikan. Akhir sekali, kaedah ini tidak disarankan unruk dilakukan kerana tidak mendapat keputusan yang tepat.

1,086 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page