Tujuan: Untuk memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah mengikut masa yang ditetapkan dan menguji keasidan dan kealkalian tanah.
Radas dan alatan: Bikar kaca, gentian kaca, corong tuas, air suling, kelalalng kun.
Bahan: Sampel tanah
Langkah- langkah:
1. Sediakan radas seperti yang diarahkan.
2. Sukat 50ml air suling.
3. Tuangkan 50ml air ke dalam setiap sampel tanah dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam kelalang kun.
4. Catakan keputusan dan pemerhatian dalam jadual.Ambilkan bacaan pH tanah menggunakan meter pH.
Penilaian:
1. Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin dalam eksperimen ini?
Kertas turas tidak sesuai digunakan kerana sifat kertas turas yang menyerap air menyebabkan akan menganggu penyelidakan yang dilakukan.
2. Mengapakah gentian kaca jangan diambil dengan tangan atau jari?
Untuk tujuan keselamatan, dikuattiri akan melukakan tangan kerana gentian kaca tersebut sangat halus.
3. Sampel tanah yang manakah mempunya saliran paling baik?
Sampel tanah yang mempunyai saliran yang baik ialah saliran yang tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan apabila penyerapan air berlaku. Hal ini demikian kerana jika terlalu laju, tanah tersebut mempunyai sifat berpasir yang tinggi dan tidak dapat menyimpan air yang cukup untuk pokok. Manakala jika air yang terlalu sikit keluar menunjukkan sifat tanah liat yang domain. Hal ini menyebabkan tanah menyimpan air yang banyak sehinga ditakuti dapat melemaskan pokok kerana menyimpan terlalu banyak air yang tidak diperlukan dan boleh membawa kepada mudarat.
4. Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah manakah yang akan anda pilih? Berikan sebab.
Tanah yang dipilih hendaklah tidak menyerap air telalu laju dan tanah yang menyerap air dengan baik supaya tanaman yang ditanam dapat air yang secukupnya untuk pembesaran tanaman.
KESIMPULAN
Secara kesimpulanya, kami dapat menguji kadar pengaliran air bagi setiap batas adalah berbeza walaupun batas kami adalah dalam kawasan yang sama. Seterusnya, masa yang diberikan untuk mSelain itu, dalam masa 3 minit diberi untuk mengenalpasti penyerapan air yang berlaku. Tekstur tanah dapat dikenalpasti dengan menggunkan kaedah ini kerana tanah yang digunakan berlainan. Kami juga boleh mendapatkan nilai pH dan kelembapan tanah dengan menggunakan alat pengukur pH (moisturemeter). Oleh itu, tahap keasidan dan alkali dalam tanah dapat dicatat dan mengenalpasti pH tanah mempengaruhi kewujudan sesetengah unsur makanan dalam tanah untuk tumbuh-tumbuhan. Jika tanah tersebut mempunyai nilai pH yang rendah kita boleh melakukan kaedah pengapuran untuk memperbaiki pH tanah dengan meningkatkan skala pH tanah daripada rendah kepada lingkungan pH 6.5.
Selain itu alat pengukur pH hendaklah dibersihkan dahulu sebelum digunakan supaya nilai yang diperolehi tepat, tiada ralat dan tidak bercampur dengan nutrient tanah yang lain. Penggunaan alat tersebut juga perlu diteliti supaya mendapat bacaan yang tepat. Alat tersebut hendaklah tidak dicucuk begitu dalam, cukup sekadar berada di garisan hijau pertama untuk mendapat bacaan yang tepat.
Seterusnya, nilai air yang tidak keluar merupakan nilai air yang dapat disimpan oleh tanah masing-masing. Kaedah lebih saintifik kerana kita dapat membaca nilai tersebut.
Kommentare