Tujuan Ujikaji
1. Untuk mengenapasti keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih
2. Untuk kenal pasti factor asas percambahan biji benih
Bahan dan Alatan
1. 5 unit tabung uji dan rak
2. Biji benih kacang hijau
3. Kapas
4. Minyak masak
5. Air didihan yang telah disejukkan
6. Penitis minyak
Kaedah Ujikaji
1. Empat tabung uji berlabel A, B, C dan D disediakan dengan kandungan:
a) Pada suhu bilik dan dimasukkan kapas lembab dan 3 biji benih ke dalam tabung uji
b) Pada suhu bilik, masukkan kapas kering dan tiga biji benih ke dalam tabung uji
c) Pada suhu bilik, masukkan biji benih, air didih yang disejukkan, dan letkkan lapisan minyak ke dalam tabung uji.
d) Pada suhu bilik, letakkan kapas lembab dan biji benih ke dalam tabung uji.
2. Tabung uji A, B, dan C diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.
3. Biji benih diperhatikan selepas lima hari
4. Pemerhatian direkodkan.
Keadaan Percambahan Label Radas Rawatan
Air, suhu dan udara A Kapas basah dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja
Air B Kapas kering dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja
Udara C Masukkan air yang telah didihkan (sejuk) ½ daripada tabung uji, 3 biji benih dan lapisan minyak. Diletakkan di atas meja
Suhu D Kapas basah dan 3 biji benih. Disimpan di dalam peti sejuk
Cahaya E Kapas basah dan 3 biji benih. Simpan di tempat gelap
Keputusan
Tabung Keputusan Pemerhatian percambahan biji benih Uji (bercambah/tidak bercambah) Air Cahaya Udara Suhu sesuai
A Ö Ö Ö Ö Bercambah
B Ö Ö Ö Tidak bercambah
C Ö Ö Ö Bercambah
D Ö Ö Ö Bercambah
E Ö Ö Ö Bercambah
Analisis:
1. Nyatakan ketidakhadiran bahan atau kedaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah
a. Tabung uji B: air
b. Tabung uji C: Udara
c. Tabung uji D: Suhu yang sesuai
d. Tabung uji E: Cahaya
2. Apakah pemboleh ubah
Dimanupulasikan : Keadaan untuk percambahan biji benih
Dimalarkan : Jenis biji benih, jenis kapas, jenis tabung uji
Bergerak balas : Percambahan biji benih selepas 7 hari
3. Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?
Keadaan yang diperlukan dalam percambahan biji benih adalah keadaan yang ada air, udara, dan suhu yang sesuai. Tanpa cahaya matahari tetapi ada ketiga-tiga elimen tadi biji benih dapat bercambah.
4. Tabung uji manakah digunakan yang bertindak sebagai kawalan?
Tabung uji A
5. Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?
Minyak digunakan dalam tabung uji C untuk menyekat udara untuk memasuki air dalam tabung uji.
6. Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah dididih)
Nutrient dalam air tidak terdapat dalam air yang telah dididihkan. Oksigen juga dapat dihapuskan. Apabila air dididihkan, air akan menjadi tiada kosong kandunagan nutrient dan sebagainya.
7. Apakah yang berlaku pada tabung uji E. Tearangkan jawapan anda.
Tabung uji E mempunyai udara, suhu yang sesuai dan air yang cukup. Cahaya sahaja yang tidak diterima. Walau bagaimanapun, biji benih dapat bercambah dengan jayanya tanpa bantuan cahaya. Dari sini kita dapat simpulkan bahawa percambahan biji benih tidak memerlukan cahaya. Akan tetapi, apabila plumul telah tumbuh, ianya tidak menjadi hijau sebeprti tabung uji A yang mendapat cahaya yang cukup. Plumul pada tabung uji E lebih kuning. Pertumbuhan pokok tabung uji E juga lebih pendek berbanding tabung uji A. Hal ini demikian kerana pucuk pada plumul tidak dapat membuat makanan melalui proses photosintesis kerana ketidakhadiran cahaya.
8. Kesimpulan eksperimen ini
Keadaan yang diperlukan oleh biji benih untuk bercambah adalah air. Hal ini demikian kerana tabung uji B tiada percambahan yang berlaku.
Jika tiada suhu dan udara biji benih masih boleh bercambah cuma tidak lama dan hanya sekadar bercambah dan terhenti. Kita boleh rujuk tabung uji C dan D yang biji benihmya masih bercambah walaupun suhu beku dan udara yang terhad dengan adanya bekalan air.
Untuk pokok bercambah dengan sihat, perlu air, suhu dan udara yang cukup. Rujuk tabung uji A. Untuk pastikan kelangsungan kehidupan pokok yang sihat, perlu cahaya matahari. Rujuk tabung uji E. Biji benih dalam tabung uji E bercambah dengan sihat Cuma warna plumul tidak sehijau biji benih dalam tabung uji A.
Comments