top of page
Search
Writer's picturemelur

Minggu 5 - Eksperimen 3: Percambahan Epigeal dan Hipogeal

Tujuan Ujikaji:

1. Untuk mengenalpasti perbezaan percambahan Epigeal dan Hipogeal

2. Untuk mengenalpasti struktur biji benih Epigeal dan Hipogeal


Radas dan Bahan

1. Bikar 80ml/ bekas plastic

2. Biji benih kacang dan jagung

3. Peat moss


Kaedah Ujikaji

1. Masukkan 60ml peat moss ke dalam 2 bikar. Tandakan A untuk benih kacang dab B bagi biji benih jagung

2. Semaikan 3 biji benih kacang dan jagung pada bekas A dan B.

3. Renjiskan air pada bekas terseut setiap hari.

4. Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.

5. Lukiskan gambar percambahan biji benih setelah 5 hari.



biji benih jagung yang telah disemai dalam peat moss

biji benih kacang merah yang telah disemai

Analisis:


Keputusan


Hari Kacang Merah Jagung

Panjang radikal Panjang plumul Panjang radikal Panjang plumul

1 0mm 0mm 0mm 0mm

2 5mm, 1mm, 0mm 7mm, 0mm, 0mm 15mm, 20mm,10mm 0mm, 5mm, 7mm

3 27mm,10mm,0mm 25mm,0mm,0mm 30mm,40mm,32mm 10mm,15mm,15mm

4 45mm,20mm,10mm 45mm,5mm,0mm 60mm,80mm,60mm 20mm,30mm,35mm

7 100mm,60mm,50mm 190mm,20mm,5mm 170mm,100mm,100mm 75mm,70mm,60mm



struktur bentuk pokok jagung

struktur pokok kacang merah

1. Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal

Pertumbuhan Epigeal (Kacang merah) Pertumbuhan Hipogeal (jagung)

Hipokotil tumbuh memanjang sehingga Plumul keluar menembus kulit hingga akan

plumul dan kontiliden terkeluar masuk ke permukaan tanah sedangkan kontiliden tetap berada dalam tanah

Biji benih akan terpecah kepada dua Biji benih akan terpecah kepada 1 bahagian

bahagian

Kulit keras (dikot) testa lambat pecah Kulit lembut (monocot) testa cepat pecah

Lambat keluar plumul dan radikal Cepat keluar plumul, radikal


2. Apakah yang dimaksudkan embrio

Embrio bermaksud bahagian dari benih yang mempunyai bentuk paling awal dari akar, batang dan daun tanaman. Embrio berkembang setelah bunga tanaman dewasa dan terkadang dalam biji benih. Ia bertindak sebagai ‘starter kit’ untuk tanaman. Ketika tiba masa untuk benih tumbuh, embrio ‘aktif’ dan mula bercambah, akhirnya menjadi tanaman seperti asalnya.


Kesimpulan:

Kesimpulannya, terdapat perbezaan antara percambahan epigeal dan percambahan hypogeal. Anatarnya adalah struktur biji benih iaitu sama ada pecah kepada dua atau satu bahagian sahaja. Selain itu, percambahan epigeal adalah percambahan dengan kontiliden terangkat ke permukaan tanah. Hal ini disebabkan hipokotil tumbuh memanjang sehingga plumul dan kontiliden terkeluar ke permukaan tanah. Percambahan hypogeal adalah percambahan dengan kontiliden tetap di dalam tanah. Pada masa ini, plumul akan keluar dan menembus kulit biji benih sehingga muncul di permukaan tanah sedangkan kontilidennya tetap di dalam tanah.



371 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page