top of page
Search
Writer's picturemelur

MINGGU 6 - Pembiakkan Keratan Batang

Pada minggu ini, kami belajar tentang keratan batang. Kami diminta untuk mencari keratan batang pokok yang berada di sekeliling UTM dan membawanya ke ladang pada kelas hari Ahad. Saya membawa keratan batang daripada pokok bunga kertas kerana pokok tersebut berada dalam kawasan kolej kediaman saya.



Keratan Batang yang saya ambil

Sesampai di ladang, Pn Salina memberikan sedikit taklimat tentang Pembiakkan keratan batang yang akan kami lakukan. Beliau menyatakan bahawa batang yang hendak disemai mestilah mempunyai ciri-ciri seperti

1. sekurang-kurangnya sebesar jari kelinking supaya makanan cukup untuk tumbesaran daun baru semasa proses semaian.

2. batang mestilah dipotong sepanjang 1 kaki

Dan keratan batang saya tidak memenuhu ciri-ciri tersebut. jadi saay mengambil keputusan untuk menagmbil batang yang pokok yang terdapat di ladang tersebut.


Seterusnya, daripada apa yang Pn Salina terangkan, kami dapat bebarapa infomasi berguna. Antaranya adalah terdapat 2 jenis pembiakkan iaitu, sexual dan aseksual. Pembiakkan vegitatif (tampang) adalah pembiakkan yang boleh dibiakkan memalui bahagian-bahagian pada pokok tersebut contohnya batang, daun, akar dan buah. Bahagian-bahagian tersebut boleh disemai dan menjadi pokok. Pokok pangkalnya kita harus mengenal bahagian mana yang boleh digunakan untuk pembiakkan.


Pokok bersifat dikontiliden biasanya akan dibiakkan menggunakan keratan batang. Ciri-ciri lain adalah pokok tersebut mempunyai dahan dan batang pokok.


Dalam proses keratan batang, batang yang telah dikerat memerlukan penggalak akar(hormon) untuk pertumbuhan akar. Terdapat 2 jenis bentuk penggalak akar iaitu bentuk serbuk dan bentuk cecair. Terdapat pula 3 jenis Penggalak akar. Iaitu, Penggalak akar no 1, no 2 dan no 3. No 1 untuk batang yang lembut biasanya berhampiran dengan pucuk muda pada pokok. No 2 untuk batang sederhana keras yang biasanya berada antara batang lembut dan batang keras. No 3 untuk batang keras biasannya berhampiran dahan keras pokok. Jadi kita mestilah memilih jenis penggalak akar yang sesuai dengan jenis batang yang kita hendak tanam. Bahan-bahan yang ada dalam penggalak akar adalah 4-indol dan 3-ylbutyric acid.


Bahan-bahan yang ada dalam penggalak akar berjenis serbuk yang ada pada botol

Jenama yang menyediakan penggalak akar berjenis serbuk

Dalam proses keratan batang ini, perkara pertama yang diperlukan adalah polibeg diperlukan untuk menyemai pokok tersebut. Ciri-ciri yang kami gunakan adalah berwarna hitam dan berlubang. Warna putih tidak digunakan kerana cepat kotor. Cara untuk menanam pokok tersebut adalah dengan melipatkan hujung bucu polibeg ke dalam supaya membentuk tapak kepada polibeg tersebut. Bahagian ats polibeg juga dilipatkan sedikit. Kedua adalah Pokok untuk keratan batang. Ketiga adalah Alat memotong (pisau). Keempat, Medium untuk semaian iaitu tanah. Untuk pembiakkan pada tanah, terdapat lima nisbah yang kita boleh pilih untuk digunakan mengikut kesesuaian campuran tanah.

a. 2 : 1 : 1 (untuk pembiakkan)

b. 3 : 2 : 1 (untuk pemasuan semula)

c. 2 : 1 : 1

d. 7 : 3 : 2 (untuk pemasuan)

e. 1 : 0 : 0

Nisbah tersebut adalah tanah atas(top soil) kepada bahan organik kepada pasir


Presedur Untuk Keratan Batang

1. Pokok yang diambil perlulah dibuang semua daun dan bunga. Tinggalkan batang sahaja.


Batang pokok bunga sebelum dibuang segala daun dan bunga. cantik sekali ya

Batang pokok yang telah di potong

2. Masukkan tanah nisbah tanah 2;1;1 ke dalam satu bekas dan kemudiannya dimaukkan ke dalam polibeg yang telah dilipat atas dan bawah. Masukkan separuh polibeg.

3. Potongkan batang pokok yang hendak disemai dengan panjang satu kaki dan bahagian bawahnya dengan keadaan serong menggunakan pisau. Hal ini dapat meningkatkan lagi luas permukaan batang yang hendak disemai.

4. Celupkan hujung batang yang hendak diletakkan di bahagian tanah dengan penggalak akar.

5. Buatkan lubang pada tanah di dalam polibeg dengan menggunakan jari atau kayu dan masukkan batang yang telah dicelup penggalak akar.

6. Tambahkan tanah yang telah dicampur dengan nisbah 2:1:1 sehingga sedikit penuh.


Keratan datang yang sudah siap disemai

Kesimpulannya, Keratan batang berbeza dengan semaian biji benih. Tidak seperti biji benih (kontiliden) yang mati setelah makanan habis tetapi batang akan meninggi dan menjadi pokok dan ditumbihi daun.



Setelah siap semaian tersebut kami mengemas tempat yg kami lakukan kerja tadi dan pokok semaina diletakkan di bawah sungkupan hitam di daam ladang.



kami sedang mengemas

Kami sedang menketakkan semaian kami di bawah sungkupan hitam di dalam ladang. Dalam hujan renyai-renyai

Semua pokok yang telah siap disususun dalam hujan renyai-renyai

288 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page