top of page
Search
Writer's picturemelur

Minggu 7: Jual jual Sayur!!

Pada minggu ini kami ditugaskan untuk menuai batas kami. apabila sudah penat-penat menanam sudah pasti hari yang ditunggu-tunggu adalah apabila hari untuk menuai hasil. hasil yang ditunjukkan batas kami sangat memberansangkan.


sayur yang sudah sedia untuk dituai

batas yang mempuyai jenis sayuran yang berbeza

Sebelum memulakan kerja-kerja penuaian, kami diberikan tugas untuk melakukan empat perkara. kami diberikan tugas dan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan yang mencabut batas, kumpulan yang membasuh sayuran dari segala tanah, kumpulan yang membungkus sayuran dan akhir sekali kumpulan yang menjual sayuran kepada staff utm dan orang luar.


Kami berkumpul pada pagi tersebut untuk menjalankan proses penuain.


semua tak sabar nak tuai hasil di ladang

ada yang sedang menuai dan ada yang sedang mencuci tanaman.

Kami menjaga kualiti sayur yang kami jual agar bersih dan segar selain kualiti sayur kami yang tidak menggunakan racun. ianya organik. kami bembungkus dengan sayuran seberat 250g dengan harga rm1.50. kami menjual dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.



setelah siap dicuci, kami telah membungkus sayur- sayuran tersebut dan sudah sedia untuk dijual kepada pelanggan yang sudah pastinya tertunggu-tunggu untuk merasai kelazatan sayur kami.

kami membungkus sayuran dengan kreatif sekali

hasil yang sudah siap untuk dijual dimasukkan ke dalam kereta dan sedia untuk dijual

salah seorang customer yang membeli sayur kami

seorang pemandu grab yang telah kami gunakan khidmat beliau dan beliau beminat untuk membeli sayuran kami yang organik. terimasih encik kerana sudi untuk membeli dan melayan kerenah kami.


hasil jualan kami yang telah dikira oleh bendahari kami, kartika


9 views0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar


bottom of page