top of page
Search
Writer's picturemelur

Minggu 9: Penjualan Sayur 2nd Batch!!

Hai semua!!!

Pada minggu ini kami semua baru sahaja habis dari cuti selama seminggu. pada minggu sebelumnya kami telah menuai sayuran pak choi dan sawi putih yang mana telah memberikan keuntungan kepada semua pihak. keuntungan yang maksudkan bukan sahaja wang ringgit tetapi juga pegalaman yang tidak ternilai yang tidak mungkin saya dapatkan dimana-mana lagi. hal ini demikian kerana kami berpengalaman untuk menanam sendiri dan menjual hasil tanaman sendiri. pada minggu lepas, kami telah meninggalkan sayur bayam di batas kerana sayur tersebut masih belum matang. dan apabila minggu ini kami datang ke ladang, kami dapati sayuran tersebut telah besar dan sudah matang untuk dituai. kami menjual sayur tersebut dengan berat 300g dengan harga rm1.50. proses yang sama kami lakukan untuk minggu ini. menuai, membasuh, membungkus dan menjual. cuma pada kali ini, sayurnya sedikit amaun nya berbanding sebelum ini.



sayur yang penuh sebakul

Sayur bayam itu dijual dengan menggunakan motor untuk dibawa ke bangunan akademik dan dijual.


Keuntungan daripada hasil jualan kami akan sumbangkan kepada Rumah Baitul Solehah.



6 views0 comments

Recent Posts

See All

Комментарии


bottom of page