top of page
Search
Writer's picturemelur

Minggu 3: Semaian biji benih

Updated: Feb 23, 2019

Pada minggu ini, kami datang ke ladang sebnayk 2 kali. Pertama kali untuk membaja batas kami dan kedua untuk meyemai sayuran di batas kami.


Pertemuan pertama pada minggu ini kami datang ke ladang dan mendapart taklimat ringkas oleh Pn Salina tentang apa 'mission' minggu ini. jadi dalam taklimat tersebut beliau menyatakan bahawa kami hanya melalukan sesi pembahjaan sahaja kerana benih belum sampai dan memang proses pembajaan tidak boleh terus semia biji beniih. Beliau juga menerangkan tentang baja. Terdapat 2 jenis baja ialitu baca kimia dan baja organik. Baja kimia mempunyai nisbah bahan tertentu iaitu Nitrogen, Phosporus & Kalium. N untuk pertumbuhan daun, P untuk Tumbesaran pokak dan K untuk Tumbesaran buah dan akar. N, P dan K merupakan bahan utama (makro) dalam baja kimia, makala bahan-bahan sepergi Magnesium (Mg) dan Ferum (Fe) merupakan unsur sampingan (mikro). Ianya berfungsi sebagai suppliment kepada pokok. Baja organik pula adalah hasil daripda bahan buangan binatang seperti ayam, kambing dan lembu. Menurut beliau lagi, baja kompos merupakan baja organik terbaik.


Antara beza baja Organik dan baja Kimia adalah:


Baja Organik Baja Kimia

1. Lambat bertindak balas kepada 1. Cepat bertindak balas kepada pokok.

pokok (kesan dalam masa Dalam masa sehari semalam boleh

1 bulan - 2 minggu) hasil.

2. Nutrien dalam tanah kekal lama 2. Baja cepat larut dan kemudian

meresap ke dalam tanah.


Baja organik biasanya hasil dari tahi binatang dan biasanyya tahi tersebut tidak terus digunakan sebagai baja kepada pokok. Hal ini demikian kerana bahan buangan tersebut panas. Jika diletetakkan pada pokok terus dikhatiri akan meyebabkan kematian pokok. Bahan tersebut hendaklah dibiarkan pada udara sekurang-kuranya sehari semalam baru boleh digunakan sebagai baja organik. Amonia pada bahan buangan tersebut akan bibawa angin semasa proses tersebut. Semasa proses mengendalikan bahan tersebut sarung tangan hendaklah dikenakan untuk menegelakkan amonia terkena tangan.


Langkah seterusnya adalah semaian biji benih. Menurut beliau, terdapat 4 cara untuk menyemai biji benih iaitu:

1. Tabur terus

2. Alur

3. Pocket

4. Tray Semaian

Untuk kaedah pertama, kita perlu jalankan kaedah penjarangan sebelum menjalan semain. Penjarangan adalah satu kaedah untuk manjarakkan anak pokok. hal ini dapat dilakukan dengan mencampurkan biji benih dengan pasir. Nisbah biji benih kepada pasir adalah 1:10. Kebaikkan lain dengan mencampurkan pasir dengan biji benih adalah dapat mengelakkan kekeliruan kepada penanam benih kerana benih berwarna gelap.


Contoh biji benih yang kecil dan berwarna gelap

Kaedah poket sesuai untuk jenis pokok yang mempunya biji benih yang agak besar seperti durian.


Kaedah tray semaian pula kaedah semaian dalam bekas lain dan kemudian dipindahkan ke tanah. satu lubang tray boleh diletakkan 3 biji biji benih untuk benih kecil seperti biji sawi dan biji salad tetapi benih seperti benih durian satu benih sudah memadai dalam satu lubang tray.


Kaedah yang kami gunakan kepada batas kami adalah kaedah tabur terus.


seterusnya adalah sungkupan. Sungkupan kepada batas adalah supaya biji benih tidak mendapat cahaya terus dari matahari. Dengan menggunakan pelepah pisang juga boleh dikira sebagai sungkupan. Kami mengunakan net hitam sebagai sungkupan kepada batas kami.


Apabila benih sudah disemai, siraman perlu dilakukan setiap pagi dan petang.




Siraman yang dilakukan setiap pagi dan petang sebelum panas dan selepas panas.

Biji benih yang telah dilakukan Kaedah penjarangan dan siap sedia untuk disemai

20 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page