Pada minggu kedua kami datang dua kali ke ladang dengan misi menyisapkan batas. Sudah menjadi kebiasaan kami, jika sampai ke ladang, tiga perkara yang wajib kami pakai untuk keselamatan dan keselesaan kami semasa melakukan gerak kerja di ladang tersebut iaitu topi, sarung tangan dan but. Kami datang ke ladang dengan keadaan tanah sudah digembur menggunakan mesin penggembur. Jadi pertama sekali kami diarahkan untuk menggembur lagi tanah kami supaya menjadi batas seperti kubur menggunakan cangkul.
Seterusnya kami diberikan dua tugas utama iaitu
1. Pasangkan tali dari bahagian depan hingga ke belakang sebagai penanda kepada batas-batas lain supaya tegak.
2. Setelah dipasangkan tali, ukur lebar batas dan pacakkan kayu.
Saya dan rakan memilih untuk melakukan tugasan satu. Apabila siap, saya bantu rakan yang melakukan tugasan dua.
Setiap orang sudah mendapatan saiz batas mereka. Masing-masing subuk mengembur tanah mereka untuk dijadikan batas. Ada antara kami yang menjumpai telur-telur semut dalam batas mereka. Kerja-kerja menggembur berlarutan sehingga jam 6 petang. Kami bercadang untuk datang lagi dan menyiapkan batas kami.
Pada hari kedua kami datang pagi. Kami membehagikan tugas kepada 3 kumpulan sesuai mengikut tururan gerak kerja yang telah diberkan oleh En. Abang minggu lepas.
1. Potong papan kepada dua saiz iaitu 4 kaki dan 10 kaki
2. Cat di kedua-dua belah kayu mengunakan minyak tanah
3. Pakukan kayu untuk dijadikan bingkai batas kami
Saya bersyukur kerana kami semua dapat bekerjasama dalam menjalankan tugasan ini. Untuk mendapatkan hasil yang septutnya tidak mudah jika dilakukan berseorangan lebih-lebih lagi seorang perempuan. Jadi saya sangat bersyukur kerana keenam-enam pelajar lelaki kelas kami bersama-sama membantu meyiapkan batas kami apabila batas mereka sudah sempurna berdiri.
Apabila batas sudah siap digembur, gerak kerja seterusnya adalah menyiapkan bingkai batas menggunakan kayu yang dipaku dan telah dicat menggunakan minyak tanah.
Apabila siap, kami membasuh peralatan mengecat yang berminyak, kami cuci tanah pada cangkul, but dan peralatan lain yang kotor terkena tanah dan mengembalikannya semula ke dalam stor simpanan barang-barang. kami juga tidak akan pulang tanda mengisi botol air akmi dengan air sejuk coway.
Comments